SMART TAHFIZ SPM-UCMI 2024

OBJEKTIF

Objektif penubuhan program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja di dalam bidang agama malah di bidang akademik. Objektif utama Program Smart Tahfiz SPM ini adalah seperti berikut:

Memberi peluang yang lebih cerah dan terjamin kepada pelajar-pelajar tahfiz untuk menyambung pengajian, menduduki SPM dan tamat dengan memperolehi kelulusan akademik atau kemahiran.

Menyediakan program pengajian pelbagai bidang yang berkualiti dan bercirikan holistik kepada pelajar

Mewujudkan dan meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja pelajar melalui jaringan pengajian tinggi dan industri yang berdaya saing.

LATAR BELAKANG

Peningkatan   jumlah   sasaran   golongan   tahfiz   di   Malaysia   lebih   daripada 150,000  pelajar.  Jumlah  sekolah  tahfiz  yang  berdaftar  di  bawah  Persatuan Madrasah  Tahfiz  Malaysia  ialah  1238  buah  sekolah.  Dan  hanya  612  yang berdaftar dengan pihak berkuasa negeri dan Kementerian Pendidikan (Utusan Malaysia  20  Oktober  2017)  ;  selebihnya  tidak  berdaftar.  Ini  menunjukkan masih ramai bilangan pelajar tahfiz yang tidak menduduki SPM.

Manakala,   mengikut   Perangkaan   Pendidikan   Malaysia   2018   dan   sumber Jabatan  Kemajuan  Islam  Malaysia  (JAKIM),  sebanyak  815  jumlah  sekolah Maahad  tahfiz  Swasta  telah  direkodkan  di  mana  jumlah  enrolmen  pelajar adalah seramai 35,990 orang pelajar.

Statistik  JAKIM  menyatakan  terdapat  704  buah  institusi  tahfiz  di  Malaysia tetapi yang berdaftar dengan Darul Quran JAKIM hanyalah 166 buah sahaja. Daripada  jumlah  keseluruhan  itu,  hanya  612  yang  berdaftar  dengan  pihak berkuasa  negeri  dan  Kementerian  Pendidikan  (The  Malaysian  Insight  2018) dan masih banyak lagi sekolah-sekolah tahfiz yang tidak berdaftar.

Program Smart Tahfiz SPM bertujuan menyediakan peluang  kepada  pelajar  lepasan  tahfiz  untuk  menduduki  peperiksaan  Sijil Pelajaran  Malaysia  (SPM)  melalui  kaedah  intensif  online pada  waktu  yang  singkat iaitu selama 10 bulan.

Program   ini   bertujuan   untuk   memartabatkan   golongan   tahfiz   dari   segi akademik agar golongan ini mendapat peluang untuk menyambung pengajian yang  lebih  tinggi  di  institusi  pengajian  tinggi  dan  peluang  pekerjaan  dari pelbagai sektor yang lebih meluas.

Dengan cara ini, golongan lepasan  tahfiz mempunyai halatuju pendidikan yang jelas   setelah   mereka   menamatkan   pengajian   hafalan.   Ini   kerana,   hanya sebahagian  kecil  sahaja  yang  menyambung  ke  peringkat  pengajian  kitab  di sekolah-sekolah   pondok   manakala   yang  selebihnya   akan   mula   memasuki bidang pekerjaan tanpa mempunyai kelayakan akademik.

Program   SMART   TAHFIZ   SPM   ini   dirancang   dan   diharapkan   dapat membantu golongan  ini untuk mendapat lebih banyak peluang perkembangan diri dari segi peningkatan akademik dan peluang kerjaya untuk mereka apabila melanjutkan pengajian yang lebih  tinggi  apabila  mempunyai kelulusan SPM.

MANFAAT PENAWARAN PROGRAM SMART TAHFIZ SPM

Penawaran  program  SMART  TAHFIZ  SPM  bertujuan  membuka  ruang     kepada pelajar-pelajar dari sekolah Tahfiz untuk menduduki SPM dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Penawaran program yang dilaksanakan mengambil kira kesan kepada dua pihak utama iaitu:-

 

Kepada Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP

Kemampuan untuk program Smart Tahfiz SPM yang dilaksanakan mendapat balik pulangan pelaburan dalam tempoh masa yang efisien. Disamping itu, memperkasakan sistem pendidikan untuk umat Islam secara holistik dari peringkat menengah sehingga ke pengajian tinggi.

Pelajar Tahfiz (Golongan Sasaran)

Kemampuan pelajar tahfiz untuk mengikuti program Smart Tahfiz SPM mengambil kira yuran pengajian yang berpatutan dan prasarana yang lengkap. Di samping keupayaan sasaran bernaung di bawah MAIWP yang menyediakan kemudahan pendidikan agama yang secukupnya bagi keperluan umat Islam.

Rancangan Pengajaran

Subjek yang ditawarkan

Bahasa Melayu

BAHASA INGGERIS

MATEMATIK

SEJARAH

SAINS

PENDIDIKAN ISLAM

Tenaga Pengajar

Usahasama pihak UCMI dengan pusat pembelajaran SPM online yang dilantik oleh pihak pengurusan untuk mengajar para pelajar tahfiz

Hebahan

Hebahan Program SMART TAHFIZ SPM disasarkan kepada pelajar-pelajar tahfiz negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta sekitarnya yang berminat menyertai program ini.

YURAN PENGAJIAN

Yuran pengajian untuk program Smart Tahfiz SPM adalah seperti berikut:

Yuran Pendaftaran Yuran Bulanan Kem Intensif SPM (2 sesi) Program Finishing Smart Tahfiz
RM 100
RM 150 X 10 bulan : RM1500
RM 500 X 2 sesi : RM1000
RM 100

KELEBIHAN PROGRAM SMART TAHFIZ SPM DI UCMI

UCMI PENERAJU UNIVERSITI ONLINE

UCMI adalah kolej universiti milik penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang merupakan antara universiti perintis pertama yang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara online sepenuhnya semasa wabak Covid 19 yang melanda dunia ketika ini. Selari dengan itu, program Smart Tahfiz SPM secara online akan dilaksanakan demi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan agar pelajar tahfiz tidak terkebelakang dan berpeluang menuntut ilmu tanpa sempadan melalui sesi pembelajaran waktu yang anjal. Melalui pembelajaran secara online ini juga akan menambahkan lagi kemahiran pelajar tahfiz dengan arus teknologi serta memartabatkan golongan tahfiz yang celik IT.

Struktur program akademik yang berkualiti

UCMI berpengalaman dalam menyediakan program pengajian yang telah mendapat akreditasi dari MQA dari pelbagai bidang yang berkualiti dan inovatif. Struktur akademik dari UCMI yang memenuhi kehendak pasaran dapat menyokong dasar pembangunan negara, di samping bakal merancakkan lagi matlamat penubuhan Program Smart Tahfiz SPM yang dilaksanakan secara online.

Penawaran program pengajian di UCMI

Pelajar yang berjaya menamatkan program Smart Tahfiz SPM memperoleh lima kepujian di dalam SPM diberi peluang untuk menyambung pengajian Asasi selama setahun sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Selain itu, pelajar yang memperolehi minimum tiga kepujian ditawarkan dengan kursus di peringkat Diploma. Manakala yang lulus SPM akan ditawarkan mengikuti kursus kemahiran TVET OSH.

Tenaga pengajar yang berpengalaman

Pengajaran secara online yang interaktif dapat menarik minat pelajar ketika proses pembelajaran berlangsung melalui tenaga pengajar yang berkelayakan serta berpengalaman. Ini membantu pelajar mencapai tahap mutu yang cemerlang di dalam akademik.

Bantuan alat pembelajaran

Kemudahan bantuan alat pembelajaran amat membantu para pelajar yang kurang berkemampuan untuk mengikuti sesi pembelajaran secara online dengan lebih mudah. Di samping itu, ia dapat mengurangkan jurang teknologi di antara pelajar pada masa kini. Dengan bantuan alat pembelajaran seperti tablet dapat merangsang minat dan semangat pelajar untuk belajar dalam keadaan proaktif.

Waqaf Ilmu

Usahasama UCMI dan pusat pembelajaran SPM online ini juga akan mewujudkan program waqaf ilmu dimana beberapa modul pembelajaran akan di sumbangkan ke laman sesawang masing-masing secara percuma oleh tenaga pengajar UCMI dan pusat pembelajaran SPM untuk orang awam.