OBJEKTIF

Objektif  penubuhan  program  ini  adalah  untuk  melahirkan  pelajar  yang  cemerlang bukan  sahaja  di  dalam  bidang  agama  malah  di  bidang  akademik.  Objektif  utama Program Smart Tahfiz SPM ini adalah seperti berikut:


-Memberi peluang  yang lebih cerah dan terjamin  kepada pelajar-pelajar tahfiz untuk menyambung    pengajian,    menduduki    SPM    dan    tamat   dengan memperolehi kelulusan akademik atau kemahiran.

-Menyediakan   program   pengajian   pelbagai   bidang   yang   berkualiti   dan bercirikan holistik kepada pelajar

-Mewujudkan  dan  meningkatkan  kebolehpasaran  dan  kebolehdapatan  kerja pelajar melalui jaringan pengajian tinggi dan industri yang berdaya saing.

   


LATAR BELAKANG


Peningkatan   jumlah   sasaran   golongan   tahfiz   di   Malaysia   lebih   daripada 150,000  pelajar.  Jumlah  sekolah  tahfiz  yang  berdaftar  di  bawah  Persatuan Madrasah  Tahfiz  Malaysia  ialah  1238  buah  sekolah.  Dan  hanya  612  yang berdaftar dengan pihak berkuasa negeri dan Kementerian Pendidikan (Utusan Malaysia  20  Oktober  2017)  ;  selebihnya  tidak  berdaftar.  Ini  menunjukkan masih ramai bilangan pelajar tahfiz yang tidak menduduki SPM.


-Manakala,   mengikut   Perangkaan   Pendidikan   Malaysia   2018   dan   sumber Jabatan  Kemajuan  Islam  Malaysia  (JAKIM),  sebanyak  815  jumlah  sekolah Maahad  tahfiz  Swasta  telah  direkodkan  di  mana  jumlah  enrolmen  pelajar adalah seramai 35,990 orang pelajar.


-Statistik  JAKIM  menyatakan  terdapat  704  buah  institusi  tahfiz  di  Malaysia tetapi yang berdaftar dengan Darul Quran JAKIM hanyalah 166 buah sahaja. Daripada  jumlah  keseluruhan  itu,  hanya  612  yang  berdaftar  dengan  pihak berkuasa  negeri  dan  Kementerian  Pendidikan  (The  Malaysian  Insight  2018) dan masih banyak lagi sekolah-sekolah tahfiz yang tidak berdaftar.


-Program Smart Tahfiz SPM bertujuan menyediakan peluang  kepada  pelajar  lepasan  tahfiz  untuk  menduduki  peperiksaan  Sijil Pelajaran  Malaysia  (SPM)  melalui  kaedah  intensif  online pada  waktu  yang  singkat iaitu selama 10 bulan.


-Program   ini   bertujuan   untuk   memartabatkan   golongan   tahfiz   dari   segi akademik agar golongan ini mendapat peluang untuk menyambung pengajian yang  lebih  tinggi  di  institusi  pengajian  tinggi  dan  peluang  pekerjaan  dari pelbagai sektor yang lebih meluas.


 Dengan cara ini, golongan lepasan  tahfiz mempunyai halatuju pendidikan yang jelas   setelah   mereka   menamatkan   pengajian   hafalan.   Ini   kerana,   hanya sebahagian  kecil  sahaja  yang  menyambung  ke  peringkat  pengajian  kitab  di sekolah-sekolah   pondok   manakala   yang  selebihnya   akan   mula   memasuki bidang pekerjaan tanpa mempunyai kelayakan akademik.


– Program   SMART   TAHFIZ   SPM   ini   dirancang   dan   diharapkan   dapat membantu golongan  ini untuk mendapat lebih banyak peluang perkembangan diri dari segi peningkatan akademik dan peluang kerjaya untuk mereka apabila melanjutkan pengajian yang lebih  tinggi  apabila  mempunyai kelulusan SPM.

 

 MANFAAT PENAWARAN PROGRAM SMART TAHFIZ SPM


Penawaran  program  SMART  TAHFIZ  SPM  bertujuan  membuka  ruang     kepada pelajar-pelajar dari sekolah Tahfiz untuk menduduki SPM dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


Penawaran  program  yang  dilaksanakan  mengambil  kira  kesan kepada dua  pihak utama  iaitu:-


  1. Kepada Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP


Kemampuan untuk program Smart Tahfiz SPM yang dilaksanakan mendapat balik pulangan pelaburan dalam tempoh masa yang efisien. Disamping itu, memperkasakan  sistem  pendidikan  untuk  umat  Islam  secara  holistik  dari peringkat menengah sehingga ke pengajian tinggi.

(ii)     Pelajar Tahfiz  (Golongan Sasaran)

Kemampuan  pelajar  tahfiz   untuk  mengikuti  program  Smart  Tahfiz   SPM mengambil kira yuran pengajian yang berpatutan dan prasarana yang lengkap. Di samping keupayaan sasaran bernaung di bawah MAIWP yang menyediakan kemudahan pendidikan agama yang secukupnya bagi keperluan umat Islam.

 

 

    Rancangan Pengajaran

Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dijalankan dengan kaedah online selama lima hari di dalam satu minggu. Kelas Akademik harian online ini berfokuskan kepada mata pelajaran subjek teras dan subjek elektif yang akan diambil oleh calon untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, Kelas Kerohanian dan Modul Pelajar Cemerlang akan turut diberikan sebagai motivasi kepada pelajar tahfiz di dalam proses pembelajaran akademik.Selain itu, sementara menanti keputusan Peperiksaan SPM, Program  Smart  Tahfiz  SPM  akan  menawarkan  Kelas  Pembangunan  Diri seperti  Finishing SMART TAHFIZ SPM sebagai  pilihan     untuk  pelajar  yang berminat untuk memberi pendedahan dan persiapan awal sebelum memasuki alam kerjaya. Disamping itu, pelajar tahfiz yang berkelayakan diberi peluang untuk mengendalikan kelas Al-Quran secara online untuk meningkatkan kemahiran tahfiz.  Bagi pelajar  yang telah  lulus  SPM  akan  ditawarkan  untuk mengikuti Program  Asasi  ataupun  Program  Diploma  di  Kolej  Universiti  Antarabangsa MAIWP (UCMI) ataupun sijil kemahiran dari UCMI seperti TVET OSH.

 

      Subjek yang ditawarkan

Subjek yang ditawarkan ialah 6 subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains dan Pendidikan Islam.


    Tenaga Pengajar

Tenaga  Pengajar  Smart  Tahfiz  SPM  adalah melalui usahasama pihak UCMI  dengan pusat pembelajaran SPM  online yang   dilantik  oleh pihak   pengurusan untuk mengajar para pelajar tahfiz.   

Pusat pembelajaran SPM online akan memastikan perjalanan program Smart Tahfiz SPM berjalan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak UCMI dalam tempoh masa yang ditetapkan.  Tenaga pengajar online akan dipantau oleh kakitangan UCMI yang dilantik untuk memastikan mutu pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar tahfiz dalam keadaan yang terbaik.


  Hebahan

Hebahan Program SMART TAHFIZ SPM disasarkan kepada pelajar-pelajar tahfiz negeri Selangor dan Wilayah   Persekutuan  Kuala Lumpur serta sekitarnya yang berminat menyertai program ini.

 

 YURAN PENGAJIAN

Yuran pengajian untuk program Smart Tahfiz SPM adalah seperti berikut:

 

  1. Yuran Pendaftaran     : RM 100  

  2. Yuran Bulanan         : RM 150 X 10 bulan : RM1500

  3. Kem Intensif SPM (2 sesi)   : RM 500 X 2 sesi : RM1000

  4. Program Finishing Smart Tahfiz : RM 100

 

  KELEBIHAN PROGRAM SMART TAHFIZ SPM DI UCMI

        UCMI PENERAJU UNIVERSITI ONLINE

UCMI  adalah  kolej  universiti  milik  penuh  Majlis  Agama  Islam  Wilayah Persekutuan  yang  merupakan antara universiti perintis pertama yang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara online sepenuhnya semasa wabak Covid 19 yang melanda dunia ketika ini. Selari dengan itu, program Smart Tahfiz SPM secara online akan dilaksanakan demi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan agar pelajar tahfiz tidak terkebelakang dan berpeluang menuntut ilmu tanpa sempadan melalui sesi pembelajaran waktu yang anjal. Melalui pembelajaran secara online ini juga akan  menambahkan lagi kemahiran pelajar tahfiz dengan arus teknologi serta memartabatkan golongan tahfiz yang celik IT. 

        Struktur program akademik yang berkualiti

UCMI berpengalaman dalam  menyediakan  program  pengajian yang telah mendapat akreditasi dari MQA dari pelbagai bidang yang  berkualiti  dan  inovatif. Struktur akademik dari UCMI yang  memenuhi  kehendak  pasaran  dapat menyokong   dasar   pembangunan   negara, di samping   bakal   merancakkan   lagi matlamat  penubuhan  Program  Smart  Tahfiz  SPM yang dilaksanakan secara online.  

        Penawaran program pengajian di UCMI

Pelajar  yang  berjaya  menamatkan  program  Smart  Tahfiz  SPM  memperoleh lima  kepujian  di  dalam  SPM  diberi  peluang  untuk  menyambung  pengajian Asasi  selama  setahun  sebelum  menyambung  pengajian  ke  peringkat  ijazah. Selain  itu,  pelajar   yang  memperolehi  minimum  tiga   kepujian  ditawarkan dengan kursus di peringkat Diploma. Manakala yang lulus SPM akan ditawarkan mengikuti kursus kemahiran TVET OSH.

        Tenaga pengajar yang berpengalaman

Pengajaran secara online  yang   interaktif   dapat   menarik   minat   pelajar   ketika   proses pembelajaran   berlangsung  melalui  tenaga  pengajar  yang  berkelayakan  serta berpengalaman. Ini membantu pelajar mencapai tahap mutu yang cemerlang di dalam akademik.

 

        Bantuan alat pembelajaran 

Kemudahan bantuan alat pembelajaran amat membantu para pelajar yang kurang berkemampuan untuk mengikuti sesi pembelajaran secara online dengan lebih mudah. Di samping itu, ia dapat mengurangkan jurang teknologi di antara pelajar pada masa kini. Dengan bantuan alat pembelajaran seperti tablet dapat merangsang minat dan semangat pelajar  untuk belajar dalam keadaan proaktif.

        Wakaf ilmu

Usahasama UCMI dan pusat pembelajaran SPM online ini juga akan mewujudkan program waqaf ilmu dimana beberapa modul pembelajaran akan di sumbangkan ke laman sesawang masing-masing secara percuma oleh tenaga pengajar UCMI dan pusat pembelajaran SPM untuk orang awam.