PENGENALAN

Pusat Islam CERIA ditubuhkan atas cadangan Naib Canselor Professor Dr Wan Mohd Azizi bin Wan Sulaiman pada tahun 2019. CERIA adalah nama singkatan bagi Center of Islamization and Rahmatan Lil Alamin sempena gagasan yang telah dibawa oleh Dr Mujahid bin Yusof, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).Pusat Islam CERIA merupakan salah sebuah entiti yang diletakkan di bawah Pejabar Naib Canselor.
Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Universiti, Pusat Islam CERIA bertanggungjawab melaksanakan program-program dan kursus-kursus yang melibatkan perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. Bahan-bahan yang dihasilkan oleh ahli akademik dan sarjana bertujuan menambahkan khazanah ilmu, menyebarkan maklumat pengetahuan untuk manfaat pelajar, pekerja serta orang awam.

Bagi memantapkan lagi peranannya, Pusat Islam CERIA turut melaksanakan beberapa program dan kursus jangka pendek dan beberapa aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang.

UCMI telah menubuhkan TAWFEQ iaitu Tabung Amanah Wakaf, Endowment dan Infaq sebagai badan yang menyelaras semua aktiviti pengumpulan dana termasuk dari zakat, wakaf, infaq, wakalah dan sumber am.



Objektif Penubuhan TAWFEQ

Mencari dan menerima sumbangan dari pelbagai sumber
Menjadi rakan strategik kepada MAIWP dalam Pembangunan Kewangan Islam dan Sosial melalui zakat, wakaf dan sumber am
Menjana sumber kewangan untuk aktiviti pendidikan, perniagaan dan kebajikan kakitangan, pelajar dan asnaf.

Pusat Islam

VISI

Menjadi pusat keunggulan generasi al-quran yang kompeten dalam pendidikan dan kemahiran secara holistik.

MISI

Menjadi pusat transformasi profesional bagi generasi al-quran dengan menyediakan akses pendidikan yang terkini dan berkualiti demi pembangunan dan kesejahteraan ummah dan negara.

TAWFEQ

MISI

Menjana Dana bagi melaksanakan Kebajikan dan Pembangunan Ekonomi bagi memenuhi agenda pendidikan.

VISI

Menjadi tonggak kecemerlangan UCMI sebagai Universiti Wakaf pada 2025 menerusi Kewangan Sosial Islam

Ringankan Beban

Mengurangkan yuran pembelajaran dan bebanan pinjaman PTPTN kepada pelajar Asnaf Pembangunan infrastruktur untuk digunakan oleh UCMI, para pelajar dan warga UCMI.

Mengatasi Kos Sara Hidup

Membantu para pelajar dan staf UCMI yang memerlukan bagi mengatasi kos kehidupan (cost of living);Membiayai aktiviti-aktiviti akademik dan pembangunan fizikal melibatkan pengajian, penyelidikan, penerbitan, perubatan, pembangunan Modal Insan dan lain-lainnya dan Memberi peluang kepada masyarakat supaya dapat terlibat sama bersedekah dan menjadi pewakaf (waqf donor atau wakif).UCMI juga telah menubuhkan Pusat Wakaf MyRahmah dimana ia merupakan jalinan kerjasama antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP bagi melaksanakan agenda Wakaf Pendidikan MAIWP. Melalui pelantikan sebagai mutawali oleh MAIWP, UCMI akan dapat menjana pendapatan menerusi kutipan wakaf untuk digunakan bagi membiayai aktiviti-aktiviti akademik dan pembangunan fizikal melibatkan pendidikan, penyelidikan, penerbitan, perubatan dan lain-lain.UCMI telah menerima watiqah perlantikan secara rasmi sebagai Mutawali oleh MAIWP pada 20 November 2019.