ENDOWMENT / INFAQ
Endowmen (Wakaf) ialah aset kewangan yang didermakan kepada institusi yang tidak berteraskan keuntungan sama ada dalam bentuk tabung pelaburan atau harta modal yang cara-cara penggunaanya telah ditetapkan oleh penderma. Kebanyakan endowmen biasanya menetapkan wang dari hasil pelaburan dari dividen yang diterima akan dibelanjakan dan menyimpan secara tetap wang derma asal.
Sebagai inisiatif baru, UCMI mempelawa dermawan dari individu atau organisasi di sektor awam dan swasta menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk sama ada wang ringgit mahupun bentuk fizikal dan pelaburan bagi meningkatkan dana penyelidikan dan pembangunan bagi memajukan modal insan dan teknologi di negara ini.
Halatuju masa hadapan universiti adalah melalui endowmen supaya UCMI tidak bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja.
Dengan tabung endowmen ini universiti mampu melakukan lebih banyak perkara untuk membantu pelajar, pengajaran dan pembelajaran dan mampu membantu meringankan kos operasi universiti.